Menata Hati, Mengukir Nasib.


ads
Metafisika Modern

Terlalu Mudah Akhirnya MalaS^_^

Salam Senyum,

Semua perkara apabila diambil mudah, kecemerlangan  akan hilang, coba fikir, Salah satu sikap manusia ialah suka ambil mudah. Untuk memudahkan sesuatu pekerjaan itu tidaklah salah, yang  salah ambil mudah dalam mengerjakan sesuatu.


Bayangkan seseorang mekanik kereta ambil, mudah sewaktu menjalankan kerja-kerja servis. Dia akan mudah sahaja  mencampakkan alat ganti yang baru ke lantai, hasilnya alat ganti itu meskipun baru mengalami kerosakkan. dan alat ganti itulah yang dipasangnya di kereta tersebut. Apa akan jadi..?
Usah keliru dengan 'memudahkan'.

Lantaran adanya kemahuan untuk memudahkan kerja, terciptalah periuk nasi eletrik, di mana setelah dimasukkan beras ke dalam periuk, dimasukkan air lalu dipetik suiz, cukup masanya suiz akan terpadam sendiri dan nasi telah pun masak. Semudah itu, kerja-kerja menanak nasi yang dulunya terpaksa di lakukan dengan sukatan air yang betul., dengan api yang betul, dan dengan proses penyejukkan yang betul agar nasi tdi benar-benar masak dan sedap  di makan.

Memudahkan kerja adalah proses menarik dalam kehidupan manusia. Dahulu seorang penulis terpaksa berhati-hati sewaktu menaip kerajnya dan terpaksa menggunakan mesin taip,  setiap kesalahan atau penambahan maklumat akan menyebabkan keseluruhan tulisan berubah atau terpaksa ditaip kembali,.  Sekarang, dengan menggunakan kamputer, sebarang penambahan tidak lagi membebankan.

Pisikolgi manusia memang mahukan yang mudah tetapi psikologi manusia juga tidak terkecuali daripada mahu ambil jalan mudah...hehe..

Dua perkara hampir serupa tetapi tidak sama ini telah meletakkan manusia di dalam dilema psikologi sama ada menurut atau 'ikut sahaja' atau berbuat atau 'menongkah arus'. 

Mereka yang  menongkah arus biasanya berakhir dengan sesuatu yang luar biasa sebaliknya mereka yang  ikut ikut sahaja, selalu berakhir sebagai biasa biasa bahkan gagal.

Contoh lagi...

Seorang wanita telah melakukan sembahyang istikharah apabila dia gagal membuat keputusan ketika melihat calon suami.  dia sembahyang banyak kali, maka dia mendpt gambaran di dalam mimpinya, calon suami berkenaan. Lalu dia pun mengizinkan dirinya bernikah dengan lelaki tersebut.  Bagaimanapun, kehidupannya selepas itu penuh dengan masalah, pelbagai hal yang tidak sepatutnya mengambil tempat dan terjadi.

Maka berkatalah wanita ini, "kalaulah betul isyarat yang aku terima dalam mimpi itu benar daripada ALLAH hasil dri sembahyang Istikharah yagn aku lakukan, pasal apa perkahwinan aku jadi bgini, dan berakhir begini?" (ini kisah benar , diantara kes2 yang dikendalikan..)

Menjawab permasalah ini dari sudut psikologi dan motivasi, ia bermula daripada sikap yang salah yang dilagangkan selepas sesuatu pilihan itu, kalau kita tidak menjaga tindakan tindakan kita seterusnya tentulah sesuatu yang tidak terduga akan terjadi.

Kalau sikap kita yang malas, bengis tidak mahu di ubah kepada mesra dan kasih sayang tentulah perkahwinana akan menjadi masalah, tentulah api  akan mengatasi air, tentulah rumahtangga akan menjadi bara..

Apakah salah isyarat yang datang melalui mimpi atau salah peribadi..?
Jawapannya salah peribadi...^___^

Ambil contoh kedua, saya ingin membeli sebuah kereta mewah, maka saya melakukan sembahyang istikharah, di dalam mimpi saya melihat jenama kereta berkenaan., lalu saya membelinya pada keesok harinya.

Bolehkah kalian berkata, " aku tidak akan accident sebab kereta ini aku dapat melalui Istikharah.." atau " kereta ini tidak akan rosak sebab ia jenama mahal lagipun aku dapat melalui mimpi.."

Kalau kita tidak memandu berhati hati tentulah kemalangan akan terjadi, kalau tidak kita menjaga kereta ini dengan sempurna akhirnya akan rosak juga, bolehkah kita menyalakan isyarat yang diterima melalui istikharah itu tadi..?

Psikologi manusia memang suka dan mahu yang mudah, tetapi kadang-kadang ambil mudah, maka itu motivasi amat diperlukan supaya takal yang menurun itu dapat diseimbangkan atau dinaikkan kembali.
Sikap ambil mudah telah menyebabkan kecemerlangan  manusia itu terbarai sebelum tiba masanya, atau sebelum tiba sebab musababnya ia patut terbarai.

Manusia apabila diberikan kemudahan, dia tetap mahu yang lebih mudah. Setelah mendapat yang lebih mudah itu dia akan mahu lagi jadi lebih mudah.  Manusia tanpa pantauan dan penjadualan akan menjadikannya ganas, ingkar, zalim, lupa diri, bahkan kadang-kadang hilang sifat-sifat kemanusiaannya..

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah dihati..
Cakk ponggg~!!^___^
ads
Labels: Motivasi

Thanks for reading Terlalu Mudah Akhirnya MalaS^_^. Please share...!

1 Comment for "Terlalu Mudah Akhirnya MalaS^_^"

assalamualaikum,,
"sesusungguhnya ALLAH lbh dekat daripada batang urat leher kamu"
bagaimana caranya, Saya ingin tau Allah, kenal Allah, bareng Allah, gimana caranya??

Back To Top