Menata Hati, Mengukir Nasib.


ads
Metafisika Modern

Team Work~^_^

Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan.

Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:

CIRI-CIRIPASUKAN KERJA
KetuaKetua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan
Membuat keputusanPersetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai
MatlamatMatlamat ditentukan oleh pasukan
Penentuan kerjaPasukan merangcang penugasan kerja secara bersama
KomunikasiKomunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus
KerjasamaAnggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain
Hasil kerjaHasil kerja berpasukan
PenilaianPrestasi di nilai secara kolektif

Jadual Ciri2 Sebuah Pasukan

Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
  1. Matlamat sama
  2. Tanggungjawab bersama
  3. Saling percaya mempercayai
  4. Berkongsi idea
  5. Saling bantu membantu
  6. Bertolak ansur
  7. Musyawarah
  8. Kerjasama
Sering kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:
“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan”
Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latar belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada kita“.

"Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Hadid: 3)

Jaga hati, hiasi peribadi, moga bahagia, Allah dihati..
Cakk pongg~!!^__^
ads
Labels: Inspirasi, Motivasi

Thanks for reading Team Work~^_^. Please share...!

0 Comment for "Team Work~^_^"

Back To Top