Selasa, 30 Agustus 2011

Empat Jenis Manusia




Hmm...Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh.

Sesiapa yang dikuasai hawanafsunya ngak akan bisa merasai kelazatan dan kemanisan firman Alloh walaupun dibeberkan, disampaikan dan diucapkan berulang kali.maka diri juga punya kebebasan & kekuasaan untuk menentukan yang dirasa , terdetik dibalik tafakur pencerahan apa2 yang dipandang menjadi rahsia diri dan TuhanNya.

Hmm..Kata Aulia S.A.Q.Jilani ,Ada Empat Jenis Manusia...Apakah Dimaksudkannya Wahai Saudara ku..



Dimaksudkan 4 jenis manusia itu ialah...

1.Golongan tidak ada lidah dan tidak ada hati
Dan mereka bertaraf biasa,berotak tumpul dan berjiwa kerdil,yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikkan bagi mereka.Mereka ibarat melukut yangrengan,kecuali mereka dilimpahi dengan kasihsayangNya dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakan anggota2 mereka supaya patuh kepada Allah.
Nabi bersabda:"Jika Allah membimbing seseorang ,melaluibimbingan kamu kepadaNya,maka itu lebih baik kepada kamu dari apa2 sahaja dimana matahari terbit."


2.Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati
.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkan.Mereka mengajak manusia menuju Allah tetapi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan orang lain tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.Mereka menunjukan kepada orang lain mereka itu soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa2 besar.Bila mereka bersendirian seperti Harimau yang berpakaian...Sabda Nabi:"Yang paling ditakuti dan aku paling takut dikalangan umatku ialah orang alim yang jahat."

3.Golongan yang mempunyai hati tapi tidak ada lidah

Dan dia seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka dari makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran akan cacat cela diri mereka.Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.Mereka ini tahu keselamatan terletak dalam 'Diam' dan berkhalwat.Oleh itu kamu hendaklah berkawan dan bergaul dengan golongan ini dan beri pertolongan kepada mereka.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak

Diberi pakaian kemuliaan,seperti sabda Nabi:"Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajar orang lain,maka ia akan diajak kedunia ghaib dan dipermuliakan."Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu2 ketuhanan dan tanda2 Allah.Hati mereka menjadi gedung Ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi rahsia2 yang tidak diberiNya kepada orang lain.Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir kepadaNya.Allah akan membimbing dan membawa mereka hampir kepadaNya.Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia2 ini dan ilmu2 yang tinggi.Jadilah mereka" orang2 Allah".Mereka mendapat bimbingan yang benar dan mengesahkan kebenaran orang lain.Oleh itu hati2lah kamu jangan memusuhi dan membantah orang2 seperti ini dan dengarlah nasihat dan cakap mereka.mereka yang dikatakan dalam golongan ke 4 ini adalah yang sudah mencapai peringkat terakhir atau puncak kemanusiaan dan tidak ada maqam /stesyen diatas ini kecuali kenabian.Mereka ibarat timbalan nabi2 dan Rasul2 Allah.Mereka sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Jadikanlah satu saja tempat mendudukkan cinta iaitu DIAlah Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Agung yang dalam tanganNya segala raja dalam kontrolNya segala hati manusia dan hati manusia itu ibarat raja bagi badan kerana hati itulah yang mengkontrol badan.Badan dan hartabenda kepunyaan manusia adalah sebenarnya kepunyaan Allah jua.Cinta Allah adalah cinta tertinggi dari sekalian cinta......Salam hormat ...Salam penyejuk jiwa................Tingg!!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar