Menata Hati, Mengukir Nasib.


ads
Metafisika Modern

BerJuta Kawan, Seribu Sahabat.^_^

PERSAHABATAN wujud daripada
satu perkenalan 
dengan sepuluh pertanyaan, seratus
keyakinan dan seribu pengorbanan

serta berjuta juta perjuangan dengan satu keikhlasan.

Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sesukar
mencari sahabat dan membina persahabatan.
Daripada seribu orang kawan mungkin hanya
seoang yang layak di panggil SAHABAT...

Siapakah Sahabat??
Dia sanggup berada bersama sama kita dalam keadaan apa sekalipun,
Ketika kita masih orang kecil, dia teman ke sana ke mari...,
ketika kita sudah menjadi orang  besar, dia tidak terhegeh hegeh mencari peluang. 
Tetapi dia di situ, sedia untuk menyokong kita supaya tidak jatuh.

Tanpa pengetahuan kita,
dia sanggup berkorban membetulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita,
Dia berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu
tanpa sebarang kepentingan.

Ketika payung  kita patah, dia datang
membawakan payungnya untuk kita,
lalu kita sama sama berteduh di bawahnya,
jika payung kita kecil dan tidak muat untuk kita berdua,
dia rela basah ditimpa hujan,
asalkan kita tidak basah sebagaimana dia...

Seorang Sahabat itu sanggup memberikan apa sahaja
yang kita perlukan manakala apa yang kita perlukan itu ada di tangannya,
Dia tidak mengharapkan balasan tetapi jujur
untuk memelihara  persahabatan.

Di manakah anda hendak mencari seorang yang seperti ini??

Sebab itulah mungkin seseorang pun sukar hendak dicari daripada seribu orang yang ada. 
Seorang sahabat seperti digambarkan dalam
ejaan JUMAAT,  Jujur, Unggul, Matang, Asli, Amanah dan Teguh.

Dia Jujur, maka bole diletakkan kepercayaan
untuk tolong lihat-lihatkan keluarga kita takala kita berpergian.

Dia Unggul, maka kita bole
bersandar pada dia di saat kita hilang motivasi diri..hilang kawalan diri...

Dia Matang, maka kita bole dapatkan nasihat-nasihat
berguna atau merujuk masalah masalah semasa yang kita hadapi.

Dia Asli, maka peribadinya bukan ikutan
atau tidak mudah luntur, tetapi selari dengan kehendaknya sebagai insan berTUHAN.

Dia Amanah, maka ciri-ciri ini sangat diperlukan dalam persahabatan.

Dia Teguh, maka kita bole bergantung padanya pada saat-saat getir.

Iya,
Itu ciri ciri Sahabat, tentu sukar untuk mendapatkanya,
.....payah..,sukar, ...sebabnya, kita sendiri tidak bersikap seperti itu.

kalau kita bersikap seperti itu,
semua yang akan datang kepada kita adalah orang yang seperti itu.Insyallah....

Jadi, usah harapkan orang berbuat baik kepada kita,
kalau kita sendiri tidak dapat melayaninya dengan lebih baik,
usah harapkan datang seseorang yang memiliki
sifat sifat
Jujur, Ungul, Matang, Asli,
Amanah, Terbilang dan
Teguh
kalau kita sendiri seorang yang Curang, Lemah,
Berfikiran Negetif, Berfikiran Singkat, Mudah Terpengaruh,
Tidak Amanah dan lemah (lembek).

Persahabatan itu bermula daripada satu bentuk perkenalan,
daripada satu perkenalan yang mudah menjadi erat
apabila adanya pertanyan, saling bertanya saling mahu kenal mengenal.

Dari situ lahirnya keyakinan,
meskipun kadang kala terpaksa memberikan
seribu pengorbanan serta  berjuta juta perjuangan,
ia tetap pergi kepada yang
satu iaitu KEIKHLASAN..

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia...
ALLAH Di Hati...

Cakkkk..^__^


ads
Labels: PUISI

Thanks for reading BerJuta Kawan, Seribu Sahabat.^_^. Please share...!

0 Comment for "BerJuta Kawan, Seribu Sahabat.^_^"

Back To Top