Menata Hati, Mengukir Nasib.

Rumput...^_^

Iya...hehe...

Mari kita bersama membina motivasi diri, dengan bertindak sebagaimana rumput.
ayo..., kita renung-renung tentang rumput....

Rumput tetap hidup biar dia dihimpit batu, dia tidak peduli tumbuhan apa di sebelahnya
atau pokok apa yang terpaksa ditumpanginya, dia akan tetap hidup.

Biar dia jauh dari Cahaya matahari dia berusaha untuk hidup, kadang kala embun pun
tidak sampai ke tempat di mana dia berada, dia sabar untuk terus 'Bernafas'.
Keadannya kadang kala seperti tidak membesar, tetapi dia tidak pula mengecil,
sebaliknya kekal di situ.

Itulah rumput, penuh keterbilangan dalam dunianya itu.

Perhatilah, rumput tetap hidup, walaupun di cabut dan dilemparkan jauh.
Rumput tetap hidup, walaupun tertimpa papan tanpa matahari dan air.

Kalau anda ingin membina kehebatan dan kekuatan, cobalah
hayati...perasaan lihatlah rumput,
ia kuat dan tersangat kuat, ia macam tidak berharga tetapi haiwan memakannya untuk
mendapat tenaga dan terus hidup.

Manusia pua memakan haiwan berkenaan lalu mendapat kesihatan
dan kekuatan badan. Tidakkah itu menunjukkan rumput sangat
kuat?

Rumput hampir ditemui di mana-mana, malah di padang pasir yang
tandus, kering dan kontang.

Sebenarnya,
hampir setiap orang berhadapan dengan kepelbagaian perkara, masalah,
kehidupan...yang membezakannya sama ada ia kecil atau besar..itu sahaja...
sama ada, orang itu mampu mendepaninya ataupun gagal lalu tersungkur.

Hakikatnya tiada Manusia yang lepas bebas daripada di kata orang, di gaibah orang,
dijatuhkan orang..di fitnah orang...di malukan orang...
apa yang hendak kita hairankan sangat...bukan kah sejarah
manusia sejak dahulu mimang bgitu..?

Jadilah.. seperti rumput, biar diperlakukan bagaimanapun ia tetap hidup.  Biar diracun
dan dicangkul lalu dibakar, kadang kala rumput masih bole mengeluarkan pucuk.

Kita sangka ia telah mati, rupanya masih ada jauh di dalam tanah...
Manusia tidak pernah menang berlawan dengan rumput. Buktinya rumput tidak pernah
habis hingga akhirnya manusia menyerah kalah dengan menjadikan rumput
hiasan laman rumah...hehe..

Saya sendiri menjadikan rumput sebagai "Mentor" dari sudut membina
semangat untuk hidup. 

Hidup ini cabarannya memang lah macam-macam ada...
cabaran bukan milik orang besar sahaja, orang kecil pun tidak terkecuali.

Orang Miskin lebih lah lagi,
kadang kala lebih terdedah pada cabaran berbanding dengan orang
kaya.

Maka itu, setiap orang perlu ada semangat yang tinggi untuk terus hidup.
Biar dicantas, pucuknya tetap tumbuh. 

Selagi akarnya tidak benar benar di cabut dan diletakkan di atas
simen, terjemur di bawah pancaran terik matahari, kemungkinan untuk hidup sentiasa
ada.

ANDA kata masalah anda besar sekali..., sebenarnya tiada masalah yang besar,
ia cuma beza di mata kita...^_^

Insyallah,

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia,
ALLAH Di Hati...

Cakkkk^__^
ads
Labels: PUISI

Thanks for reading Rumput...^_^. Please share...!

0 Comment for "Rumput...^_^"

Back To Top