Jumat, 23 Maret 2012

Murabbi ....

Salam Majelis Cahaya Qalbu Sirrullah..,

Agak lama menyepi, dari menulis di blog ini...
maafkan kerana kesibukan tugas seharian...
dengan Ceramah dan taklimat, amatlah... memerlukan saya untuk mengejar masa...dan kita sama-sama akui...masa itu sungguh berharga...hehe..

Saya ingin mengajak saudara/ri berfikir tentang Murabbi...

Ilmu adalah cahaya. Tuntutlah ia dengan kebersihan, kejernihan dan kesungguhan hati.

Bersungguh-sungguhlah, sehingga menjadi pakar!!!

Apa itu Murabbi....??

Iya,

“ Kita harus menghormati dan mencintai murabbi kita. Merekalah yang banyak mendidik dan mengasuh kita menjadi hamba-hamba yang berisi dengan ilmu,”

“ Murabbi itu maknanya pendidik. Seorang Guru...
Murabbi itu asal daripada perkataan arab. Insan-insan yang mendidik, mengajar dan memberikan pengajaran kepada kita,”

Bagi saya, istilah itu sangat-sangat sejuk dan dekat dengan hati saya. Sesiapa sahaja yang mendidik, mengasuh, menyuluh dan mencerahkan saya tentang sesuatu perkara dengan hikmah, bijaksana dan penuh keilmuaan – saya selalu melabelkan dia sebagai murabbi.

Murabbi ini adalah pekerjaan dan amalan yang mulia. Kerana apa? Kerana ia memberikan suatu harga dan makna kepada seseorang. Dengan ilmu, darjat seseorang tertingkat di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”( Al- Mujadalah 58 : 11)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesiapa yang menjalani sesuatu jalan untuk mencari dan mempelajari ilmu, Allah akan mempermudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga.”( Hadis Riwayat Muslim)

Saya teringat salah satu nasihat daripada Guru saya....

“ Jika kita, ingin membalas jasa dan kasihkan guru-guru kita.., kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa kita boleh berjaya dalam tiap mata pelajaran, yang kita pelajari dan mengambil hikmah diatasnya...”

“ Man Jadda, Wa jada!,”

“ Siapa berusaha, dia akan dapat!,”

Dan Pastikan, Suntikan semangat daripada seorang guru yang memenuhi seluruh jiwa raga kita..

“ Jika kita belajar, belajarlah kerana Allah SWT. Kutiplah mutiara-mutiara ilmu dimana sahaja kita berada. Mutiara yang bersinar-sinar yang mahal dan banyak faedahnya.”

Satu perkara yang ingin saya kongsikan....agar kita sama-sama mengamalkan satu pesanan Imam Syafie berkaitan ilmu. Saya masih ingat dan mencatatkan dalam buku catatan saya.

“ Kamu tidak akan mendapat ilmu kecuali enam [6] perkara ;
  1. kecerdikan,
  2. Mengambil berat,
  3. usaha yang berterusan dengan kesabaran..
  4. sampaikan kepada orang lain
  5. panduan guru...
  6. memakan masa yang panjang.”

Ingatlah...,

Semangatnya untuk menyampaikan ilmu yang ada adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar yang harus ditunaikan dalam apa jua keadaan dan ketika.

Inilah kesungguhan seorang murabbi, dan saya sendiri merasa terharu apabila mengetahuinya.

Bagaimana dengan kita?

Adakah kita benar-benar bersungguh dalam menuntut ilmu?

Iya,

“ Bersungguh-sungguhlah, sehingga menjadi pakar!,”

Semoga, saya , dan kita semua... menjadi individu yang pertama yang akan sentiasa menyahut panggilan dan ajakan ini. InsyaAllah, mudahan-mudahan Allah SWT merahmati dan meredhai kita semua.

Syukran Ya Murabbi!

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia, Allah diHati..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar