Menata Hati, Mengukir Nasib.


ads
Metafisika Modern

Menegur Diri^_^

Assalaamu 'Alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh....

Ahhh...Agak lama ngak menulis ya...

Iya Cakap tidak serupa bikin~! selalu kita dengar perkataan ini? sepanjang hayat kita berapa kali orang mengatakan bggitu terhadap kita...?

Risiko bercakap kemudian gagal melaksanakannya atau membuktikannya amat besar. Ia membabitkan maruah, harga diri dan kepercayaan masyarakat sekeliling.  Jika kita seorang Pemimpin, risiko kita lebih tinggi, tidak terkecuali jika kita seorang yang popular, terkenal..., persekitaran orang akan menilai kita setiap detik setiap saat., bukan sahaja perkataan kita akan diperhati, malah gaya hidup kita turut berada di dalam fail orang sekeliling.

Maka itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita lebih banyak berdiam diri jika tidak ada apa-apa yang mustahak hendak dibicarakan. Mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu lebih ditegah kerana ia kira lara dan tidak menyumbang pada Keimanan.  Dari sudut psikologi juga ia dilihat sebagai tidak menyumbang pada keintelekan.

Ayo kita lihat kebiasaan Cakap tidak serupa bikin...~!~

a)  Sentimen bencikan keganasan dan peperangan selalu kita laungkan, kita tidak malu-malu mengutuk Amerika atas sikap biadapnya suka menceroboh Negara lain namun dalam masa yang sama kita masih menjadi pelanggan utama produck-produck keluaran Amerika termasuklah yang boleh merosakkan dan memudaratkan kesihatan.

b)  Seringnya kita berasa berhutang pada seseorang yang berbakti kepada kita dengan cepat-cepat mengucapkan Terima Kasih tetapi kenapa  tidak dengan TUHAN, kita tidak rasa berhutang apa-apa sedangkan setiap saat udaranya kita ambil untuk terus hidup. Ini dibuktikan dengan tidak Sembahyang, atau melewat-lewatkan waktu Sembahyang tanpa alasan..

Nah~! lihat sekarang, apakah kita cakap ini serupa bikin?

c)   Di atas pesada Dunia, pemimpin selalu menyeru pada kedamaian, bersatu dan berkasih sayang tapi siapa lagi yang mencetuskan gendang permusuhan dan menyalakan obor peperangan kalau bukan pemimpin. Apakah cakap serupa bikin..?

d)  Apabila kita menganjurkan sesuatu majlis di rumah kita, kita mengharapkan ada orang memuji itu ini dan kalau orang bertanya, kita akan katakan majlis itu ikhlas kita adakan, tapi sebenarnya di hati kita alangkah baiknya kalau orang boleh melihat dan memuji hiasan-hiasan rumah kita. Apakah kita cakap serupa bikin..?

Sebenarnya banyak lagi perkara yang kita lakukan dalam hidup tidak serupa seperti apa yang kita lakukan. Kita kata begini dalam suatu masa tetapi dalam masa yang sama kita buat bgitu bertentangan sekali dengan "buat' dan "cakap" .

Iya sama-sama kita semak diri,  apakah selama ini kita memakai mahkota yang bernama "Cakap tidak serupa bikin" atau mahkota kita yang bernama "Bikin serupa Cakap" maksudnya,  segala perkataan kita biarlah seiring dengan perbuatan kita...Amal kita juga kehidupan...Insyallah...

Jaga Hati, Hiasi peribadi, Moga Bahagia Allah diHati..
Cakk~!!.....
ads
Labels: Hikmah

Thanks for reading Menegur Diri^_^. Please share...!

0 Comment for "Menegur Diri^_^"

Back To Top