Menata Hati, Mengukir Nasib.

Tetap Semangat..^_^

Assalamu'alaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...

Sikap penuh semangat selalu dianjurkan setiap saat, Walau sesempit mana pun situasi kita tetap tidak boleh hilang semangat~!

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Sekalipun kiamat telah tiba, sementara di tangan salah seorang kamu terdapat biji benih, apabila ia mampu untuk menanamnya, maka hendaklah ia menanamnya"
(Riwayat Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad).

Kerana terkesan dengan ajaran hadis ini, para ulama masih tetap rajin berkerja dan belajar meskipun mereka telah lanjut usia. Al-Zarnuji berkata dalam kitab Ta'lim Al-Muta'aliim:
"Hasan bin Zayyad mulai belajar fiqah apabila usianya telah mencapai usia 80 tahun. Sejak itu, beliau tidak pernah tidur di atas katil selama 40 tahun. " Hasan bin Zayyad adalah salah seorang murid Imam Abu_hanifah dan Abu Yusuf di Iraq.

Al-Hafiz Al-Zahabi dalam Takzirah Al-Huffaz bercerita bahawa Ibn Al-Jawzi belajar menghafal Al-Quran dengan 10 qiraat dari pada Ibn Al-Baqillani di Kota Wasit meskipun usianya telah mencapai 80 tahun."

Usia lanjut tidak pernah memadamkan semangat tokoh-tokoh besar untuk mempertingkatkan diri. Berapa pun usia anda, masih belum terlambat untuk menuntut Ilmu.

Allah suka kepada orang yang bersemangat tinggi, Allah tidak suka pada orang yang lemah Semangat,. Setiap kali peluang kejayaan menghampiri orang ini, ia melepaskannya begitu sahaja. Alasan yang sering dilaungkan: " Ini mustahil dilakukan!"

Orang seperti ini tidak akan melahirkan kejayaan dalam bidang apa pun yang diceburinya. Hakikatnya, orang malas selindung di sebalik kalimat perkataan "Mustahil". Orang seperti ini telah 'mati', meskipun nyawa mereka masih ada.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Kejarlah apa yang berguna untuk mu, minta bantuan daripada Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata; " kalau begini..,. necaya tidak akan begitu..""
akan tetapi katakanlah : " Ini takdir Allah", Sesungguhnya perkataan "Kalau" akan membuka pintu Syaitan'. (Riwayat Muslim).

Sifat lain yang terdapat pada orang-orang seperti ini ialah takut mengambil risiko. Sedangkan untuk mengecapi kejayaan, perlu berhadapan dengan risiko, Mu'awiyah bin Abu Sufyan berkata; " Sesiapa yang menginginkan sesuatu yang besar, maka ia tidak boleh takut menghadapi risiko yang besar".

Ibn Rajab berkata; "Nilai seseorang ditentukan oleh cita-citanya".

Ucapan ini ada benarnya, apabila cita-cita seseorang hanya untuk kebaikan dirinya, maka dia seorang yang ego. Jika cita-cita itu meluas sehingga meliputi seluruh rakyat di negerinya, maka ia seorang nasionalis. Namun, jika cita-cita itu lebih tinggi lagi sehingga meliputi seluruh manusia di muka bumi ini, maka ia seorang wali Allah yang sangat disegani.

Abu Sulaiman Al-Darani berkata: "Redho terhadap ketentuan Allah dan belas kasihan terhadap seluruh makhluk ialah sifat Rasul-Rasul Allah"..

Semoga Allah menerbitkan semangat dan cita-cita yang tinggi dalam hati kita, sehingga kita termasuk dalam kalangan wali-waliNYA yang dikasihi.
Aamin Ya Rabb Al-Aamin...

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia, Allah DiHati.
Cakk~!!^__^
ads
Labels: Hikmah

Thanks for reading Tetap Semangat..^_^. Please share...!

0 Comment for "Tetap Semangat..^_^"

Back To Top