Menata Hati, Mengukir Nasib.


ads
Metafisika Modern

Tafakur Alam^_^

~Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh~

Allah menciptakan manusia, satu ciptaan yang secara total berbeza berbanding makhlukNYA yang lain.  Kelebihan manusia yang telah mengangkat darjatnya sebagai pentadbir di bumi ini ialah AKAL.

Dengan akal manusia unik. Dengan akal, bercambah iman, akal memandu manusia ke arah kebaikan dan menjauhkan manusia daripada segala kejahatan dan kebinasaan sama ada di dunia mahupun akhirat.
Amat malanglah manusia yang tidak mengerti menggunakan akal mereka sebaiknya. Mereka malas menimba ilmu, apa lagi untuk memperhatikan kehebatan Allah swt, di sebalik makhlukNYA yang bertebaran di sekeliling kita.  Lagi malang apabila ada dalam kalangan manusia yang hidup hanya untuk memuaskan kehendak fizkal mereka seperti makan besar, tidur banyak dan menjadikan hiburan "Makanan ruji" mereka.

Akhirnya akal "berkarat" dan tidak dapat berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan hamba dan khalik.

Mengapa manusia perlu memerhatikan makhluk ciptaan Allah SWT?

Allah telah banyak kali berfirman dalam Al-Quran Al-Karim yang menegaskan bahawa pada ciptaan Allah itu ada sesuatu untuk dicungkil bagi "Ulul Albab"....

1~ Mengenal keesaan, kehebatan dan keperkasaan Allah SWT

2~ Mengelak daripada subur rasa takbur dan sombong dalam diri, dengan memerhatikan keajaiban ciptaan Allah swt, maka pasti hati akan merasa kerdil berbanding Pencipta.

3~ Sentiasa tafakur pada Ciptaan Allah swt , akan melahirkan iman yang jitu di dalam jiwa.

4~ Aneh, pelik..teapi benar!!! semakin tnggi darjat seseorang itu di sisi Allah , semakin kerdil dirinya terasa (seperti Rasulullah saw yang tidak pernah jemu beristighfar).

dan, Semakin kerdil pula darjat seseorang itu disisi Allah, semakin tinggi pula dia memandang dirinya sewenang-wenangnya mempersoalkan itu ini berkaitan qadak dan qadar.

Antara darjat seseorang itu ialah taqwa, rasa takutkan Allah ini bole dituai dengan memperhatikan sekalian makhluk ciptaan Allah ini.

5~ Menanam rasa kehambaan dalam diri, bahawa hanya Allah swt yang layak disembah.
6~ Terdapat 'Ibrah di sebalik ciptaan Makhluk" yang Allah Ciptakan. 
Contohnya gagak yang mengajar Qabil cara mengebumikan jenayah
(surah al-Ma'idah 5:31), kerajnan dan semangat kerjasama semut atau pohon semalu.

7~ Mengenal Potensi dri supaya manusia tahu dan bertambah yakin bahawa Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sebaik baik kejadian ini perlu diarahkan kepada dua tugas yang penting, iaitu menjadi hamba yang  taat dan khalifah yang memakmurkan bumi Allah.

8~ Tafakur dan tadabbur alam juga merupakan satu ibadah jika diniatkan demikian dan demi mendekatkan diri kepada sang pencipta.

9~ Tafakur juga akan menumbuhkan ilmu baru atau bole membawa kepada satu penemuan baru. Penemuan sedemikian bole digunakan bagi manafaat manusia dan sekalian makhluk Allah yang lain.

Allah Hu'Akbar!!!

Jaga hati, Hiasi peribadi, moga bahagia
Allah di Hati..

Cakkk~!~^_^

ads
Labels: Hikmah

Thanks for reading Tafakur Alam^_^. Please share...!

0 Comment for "Tafakur Alam^_^"

Back To Top