Menata Hati, Mengukir Nasib.

Apabila ILMU..^_^

~Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh~.

Alkisahnya, seorang Ulama terkenal datang berjumpa seorang ahli sufi dan berkata ;
'saya hendak belajar Ilmu membersihkan hati..' kata ulama besar itu.

'Tuan sudah banyak Ilmu, saya di sini hanya mengajar sekadarnya sahaja' jawab ahli sufi itu secara terus terang.

'Betul, saya ingin belajar di zawiyah tuan ini, saya ingin menghilangkan rasa takbur'. kata Ulama terkenal itu lagi.

'Pengajaran saya tidak mengunakan kitab..' perlahan ahli sufi itu berkata...

'Mana bole belajar tanpa kitab?' Tuan tidak tahu tentang itu ?' ujar ulama besar itu lagi.

'Orang yang memang tinggi ilmunya semacam tuan, tidak perlu lagi belajar melalui kitab..'
'Setahu saya sesiapa sahaja belajar perlu berkitab, ' kata Ulama Besar itu, dengan pakaian Serban besar dan jubah indahya bergesar di tiup angin.

"Baiklah, apa itu takbur'...tanya ahli sufi seakan menguji...

"Apabila merasakan diri sendiri yang terbaik, memandang hina orang lain dan menolak kebenaran" Jawab Ulama besar itu dengan Yakin, baginya, Ilmu-Ilmu yang sebgitu, seakan sudah berada di hujung jarinya sahaja.!

"Tuan, sudah mahir ASAS Ilmu Takbur..?' tanya ahi sufi itu lagi...

"Tetapi saya ingin membuang rasa takbur..."
"Benarkah, tuan ingin membuang takbur.."

"Itulah Tujuan asal saya datang ke sini.." kata Ulama terkenal itu..

"kalau bgitu, buang serban dan jubah tuan dahulu, dan ambl mangkuk kosong ini dan mengemis lah di tempat tuan mengajar.." kata ahi sufi itu.

"Apa? mengemis?..mengemis itu bukankah kerja hina?

"Tujuan mengemis ini bukan kerana malas atau meminta-minta belas ihsan manusia, "
kata ahli sufi itu hanya tersenyum.

Sambungnya, " Tuan perlu mengemis untuk menghilangkan ego, supaya terasa hina di hadapan manusia setelah selama ini tuan dikenali sebagai ulama yang besar!"

"Ohh, saya tidak mampu...saya datang ke sini untuk belajar Ilmu yang lebih tersirat, saya ingin menelaah kitab-kitab yang hebat dan tinggi!!"

"ehem... saya tidak mengajar kitab-kitab seperti itu, saya hanya belajar mengamalkan ILMU yang telah kita sama-sama ketahui"...

"Jadi tuan tidak sangguplah mengajar saya?" kata Ulama terkenal itu.

Jawab ahli sufi..."Tidak, tetapi Tuanlah yang tidak sanggup belajar daripada saya!!"


Baiklah, .ada orang yang sombong dengan Ilmunya, namun Ilmu itu tidak lebih hanya hafalan kata-kata dan terisi di dalam akal semata-mata. 
Orang melihatnya Hebat, tetapi Hatinya penuh dengan karat ego apabila merasakan dirinya lebih baik dan lebih bijak, lebih alam daripada Orang Lain.

Suhabana'Allah!!!!

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia..
Allah diHati...

Cakk~!~~^_^
ads
Labels: CAHAYA QALBU

Thanks for reading Apabila ILMU..^_^. Please share...!

0 Comment for "Apabila ILMU..^_^"

Back To Top