Senin, 29 Agustus 2011

Sebahagian banyaknya ADAB2 MURID

Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh…

Beberapa sendi tharikat.
Rukun2 tharikat ada empat:

  1. lapar,
  2. ’Uzlah(menyendiri)
  3. berjaga dan
  4. sedikit bicara
Ku Kongsikan Antara Sebahagian banyaknya ADAB2 MURID
  1. Waspada Terhadap Hawa Nafsu.
    Para guru telah sepakat bahawa modal bagi murid itu adalah menahan hawanafsunya.
  2. bagaimana Seorang Murid memilih Guru Untuknya
    Termasuk etika murid adalah agar tidak berguru kepada guru yang benar2 menguasai ilmu Syariat. Meskipun demikian dimaklumi bahawa dunia yang terlanjur berguru kepada orang Yang tidak benar2 menguasai ilmu syariat, tidak mengapa sekiranya dia juga berguru kepada Yang lain,seperti kebanyakan guru pada zaman ini.
  3. Bolehkah Seorang Murid mengambil Guru Lebih Dari Satu.
    Syeikh Muhyiddin dalam kitab Al Futuhat al Makkiyyah bab 181 menyebutkan sebagai berikut: “Ketahuilah bagi murid itu hanya boleh mengangkat satu guru sahaja kerna hal yang demikian akan memudahkan dia dijalan. Namun bila tidak ada ikatan suluk, tetapi hanya sekadar mengambil berkat sahaja daripada seorang guru,maka boleh aja lebih dari satu.”
  4. Faham Agama Adalah Kunci Jalan itu.
    Dari sini mereka mengatakan kepada murid: ”Terlebih dahulu perdalamkan agama mu, Kemudian kemarilah masuk jalan ini.”kerna perjalanan sufi menghendaki seseorang hamba Mendekatkan diri pada Alloh S.W.T Yang Maha Esa secara berterusan.Padahal saat Mempelajari ilmu terkadang masih juga terselip hawanafsu.Sedangkan jalan itu di bangun Di atas melawan hawa nafsu.
  5. Memilih Yang Lebih Aman(hati2)
    Termasuk etika murid adalah agar mengambil dengan hati2 dalam urusan agamanya,keluar Dari perbezaan ulama kepada yang mereka sepakati sedapat mungkin, segera dalam Melaksanakan ibadahnya serta benar menurut seluruh mazhab atau kebanyakannya.
  6. Tetap Mendampingi Guru
    Termasuk etika murid adalah setia mendampingi gurunya juga pada hatinya. Sewaktu gurunya Berkhalwat, maka dia berusaha ada di arah pintu gurunya, supaya pandangan gurunya akan Jatuh padanya,maka ini akan menjadi kunci keberhasilannya.
  7. Mengubati Diri.
    Sentiasa peka meningkatkan akhlak, membuang kelalian dari hatinya dengan sentiasa Berzikir.
  8. Bolehkah Murid Mencari Pengganti Setelah Kematian Gurunya?
    Adalah wajib bagi murid mencari guru lain sebagai pengganti dan pembimbing berikutnya. Kerana jalan itu penuh liku2.
  9. Ujian Murid.
    Apabila dating kepada guru untuk berbaiat,kemudian guru itu menerimanya dengan kasar dan Nampak tidak suka diwajahnya,maka mestilah bersabar.Sesungguhnya jalan ini memang Sangat mulia bagi ahlinya.mereka berkata..setiap murid yang tidak diuji oleh gurunya sebelum Mengambil baiat biasanya tidak berhasil…Alloh yang menguji melalui perlakuan2 mereka.
  10. Hal2 Yang Menggagalkan Murid.
    Etika murid berikutnya adalah agar dia selalu menjaga pandangan zahir atau batinnya. Dari pandangan yang mematikan hati.
  11. Bilakah Seorang Murid Boleh memberikan Bimbingan
    Etika selanjutnya seorang murid itu tidak boleh memberikan bimbingan atau pelajaran Baik ilmu zahir atau batin kecuali telah diizinkan oleh gurunya dengan ikhlas.
  12. Antara Syariat Dan Hakikat.
    Tetap menjaga ketentuan syariat dan berjalan diatasnya sedapat mungkin.
  13. Upacara2 yang Membinasakan.
    Hindarkan dari duduk atau berteman dengan para ahli dunia yang membawa kelalaian
  14. Mereka mengutamakan Orang lain Walau Diri Mereka Kemelaratan.
    Para Syeikh sepakat bahawa apabila muris selalu bersikap mendahulukan orang lain atas Dirinya sendiri dalam hal2 yang disukai,pasti kedudukkannya lebih tinggi dari kawan2nya. Baik didunia dan diakhirat.
  15. Bagaimana Murid Memilih Guru Syariat
    Tidak mengkaji ilmu Syariat kecali kepada orang yang diketahui kezuhudan dan Kewarakannya. Tuanku Ibrahim al Dasuqi r.h mengatakan: ”Jika murid masok tharikat dengan Ikhlas dalam ilmu dan amal serta mengamalkan perintah agama kerna Alloh semata mata, Bukan kerana pahala atau lainnya,seperti yang dilakukan oleh Salafussoleh,tentu ia tidak Memerlukan kaum sufi.tetapi ia masok tharikat dengan penuh penyakit dan cacat dalam ilmu Dan amalnya sehingga tidak mungkin masok ke hadratillah.

WALLAHU'ALAM.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar