Menata Hati, Mengukir Nasib.

Sekolah Kehidupan...^_^

Hidup ini adalah sekolah untuk kita semua. Sekolah tidak semestinya masuk kelas, berdepan dengan Cikgu, tetapi keseluruhan kehidupan adalah Sekolah.

 Setiap pengalaman yang ditempuh adalah mata Pelajaran, setiap tragedi, setiap nikmat, setiap segalanya adalah guru buat kita.

Moga-moga kita semua selamat melalui peperiksaan kehidupan.  Setiap orang akan dapat, tidak kira dia seorang kaya, miskin, pegawai, rakyat biasa semua akan masuk ke Sekolah kehidupan. Selagi kita hidup, kita harus menempuhi berbagai-bagai macam ujian, berbagai-bagai macam peperiksaan di dalam kehidupan. Kalau lulus, Ahlamdulilah, Bahagia lah hidup,
kalau Gagal, jangan berputus asa, teruskan kehidupan..

Dan hari Peperiksaan yang paling besar adalah saat Kematian. Yang mana semua kertas kehidupan kita akan diperiksa pada peperiksaan yang telah kita lalui.

Jadi, saudara/ri , tuan, puan, Adik, Kakak, Abang, Pakcik, Makcik, Datuk, Datin, ingatlah,..

Sekolah kehidupan gagal atau lulus, diri kita adalah penentu siapakah diri kita sebenarnya...

faham maksud saya, kalau tidak faham, atau senaja tidak mau faham maka, ingatlah pesan Nabi Muhammad saw kepada Saydina Ali;

"Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah, Ya Allah, jadikanlah diri ku lebih baik daripada apa yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosa ku yang tersembunyi darinya, dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagi ku..."

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia, Allah di Hati..
Cakkk~!!^__^
ads
Labels: Hikmah

Thanks for reading Sekolah Kehidupan...^_^. Please share...!

0 Comment for "Sekolah Kehidupan...^_^"

Back To Top