Menata Hati, Mengukir Nasib.


ads
Metafisika Modern

Tertolak kerana Mazmumah~

.Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh...

Allah menciptakan tujuh Malaikat, sebelum menciptakan langit dan bumi.  Kemudian, ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu Langit.

Pada setiap pintu ini, Malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan, oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima, dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.

Pintu Langit Pertama;
Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai Nur seperti cahaya matahari.
Berkata Malaikat penjaga pintu langit; "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya,
Akulah Malaikat penjaga ghaibah( mengumpat, memfitnah). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat (ghaibah) dapat naik ke langit seterusnya. "

 
Pintu Langit Kedua:
Selepas berjaya melalui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat  baik dan banyak, kata malaikat penjaga langit; "Berhenti kamu, dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya, kerana dia 'berharap, agar dengan amalannya, dia mendapat kenuntungan di dunia'"

Pintu Langit Ketiga;
Malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah, solat, dan puasa.  Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama, dan kedua, tetapi di tahan di langit ketiga,

Malaikat berkata; "Allah menyuruhku, supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku, orang itu suka, membesarkan diri di majlis-majlis ramai, berbangga dengan ilmunya yang ada.."

Pintu Langit Keempat:
Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat, berkata Malaikat penjaga langit keempat; "Allah, memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak bole melintasi ku dia beramal, dengan dorongan perasaan ujub ,di dalam dirinya.."
Pintu Langit Kelima:
Amalan yang dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit: "Berhenti, dan buangkanlah amalan ini pada muka orang yang mengerjakannya, mereka sebenarnya hasad, kepada orang yang belajar ilmu, dan beramal seperti amalannya"

Pintu Langit Keenam:
Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama, lalu berkata malaikat penjaga langit, :"Pukullah, amalan ini kepada orang yang mengerjakannya, kerana dia tiada balas kasihan, kepada hamba-hambanya yang menghadapi kesusahan.."
Pintu Langit Ketujuh:

Berkata Malaikat Sum'ah (Ingin Mahsyur)" Aku akan menghalang amalan, orang yang riyak, daripada sampai kepada Tuhanku, dia beramal, bukan kerana mencari keredhaan Allah, tetapi supaya amalannya disebut-sebut"

Ketika bertemu Allah.
Kemudian, naik Malaikat yang  membawa amalan seseorang hamba yang berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir, Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah . 

Ketika itu, Allah berfirman yang bermaksud:

"kamu ,adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKU ini, aku lebih mengetahui, segala isi hatinya, Dia tidak ikhlas, kepada ku dengan amalannya, dia boleh menipu orang lain, menipu kamu, tetapi tidak boleh menipu Aku!"

Suhabana'allah....
Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia..
Allah di Hati...

Cakkk!~!~^_^
ads
Labels: KAWERUH

Thanks for reading Tertolak kerana Mazmumah~. Please share...!

0 Comment for "Tertolak kerana Mazmumah~"

Back To Top