Menata Hati, Mengukir Nasib.


ads
Metafisika Modern

Apa itu Motivasi...

Assalamu'alaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...

Dalam kebanyakkan kursus yang saya kendalikan, apabila saya menyebut perkataan motivasi dan meminta para  hadirin memberikan definasi masing-masing, kebanyakannya terdiam dan memberikan penafsiran tersendiri di dalam Hati. 

Masing-masing kabur dan tidak berani mendedahkan apa yang difikirkan.
Hakikatnya setiap orang faham motivasi sebagai sesuatu yang memberi rangsangan, semangat dan kemahuan.

Tetapi dalam konteks Modul Extra Mind yang saya pelopari, Motivasi dilihat lebih jauh daripada itu.  Extra Mind  mendefinisikan motivasi sebagai satu perasaan yang istimewa, hebat dan unit dalam bentuk cerita.
Ceritanya begini;

Suatu hari, seorang ibu telah membawa anak-anaknya melawat ke Zoo.  Kesemuanya gembira dan cukup terhibur melihat berbagai-bagai jenis binatang di dalam Zoo berkenaan. Tiba-tiba, entah macam mana seekor Harimau terlepas dari kandangnya dan terus mencekup salah seorang daripada kanak-kanak itu.

Sudah tentu ini amat memeranjatkan dan juga menakutkan. Tetapi, apabila melihat anaknya di gonggong harimau ganas, kerberanian tiba-tiba tercetus dan menguasai seluruh ibu tadi.  Dia melompat dan berdepan dengan harimau tadi dengan tangan kosong.  Harimau merenungnya dengan pandangan tajam, dia membalas dengan lebih tajam, Harimau mengaum dengan kuat, dia turut mengaum dengan lebih kuat.

Akhirnya, harimau jadi takut, ia melepaskan kanak-kanak tadi dan lari semula masuk ke kandang.

Daripada kisah ini apakah motivasi dan di manakah ia berada..?

Jawapannya ia suatu rasa yang dimiliki oleh semua orang tetapi tiada siapa menyedarinya, sehinggalah berlaku satu peristiwa yang memaksanya keluar dari dalam diri kita.

Ia samalah seperti seorang yang dikejar anjing gila dan oleh kerana terlalu takut dia dapat mengatasi semua di hadapan, padahal sebelumnya tak usahkan parit yang lebar, yang kecil pun tidak berani dilangkau.

Jadi, motivasi adalah satu catalyst luarbiasa, hanya dimiliki oleh orang-orang yang telah membukanya dan menggunakannya.  Exta Mind percaya sekiranya catalyst ini sentiasa terbuka, seseorang itu akan mendapat motivasi berpanjangan. Seseorang yang mendapat motivasi berpanjangan adalah mereka yang berasa Hebat -Sentiasa~!

Demikianlah motivasi menurut pandangan Extra Mind, dan tugas extra mind ialah membantu setiap orang mendapat motivasi diri yang terbaik, sempurna dan munasabah mengikut keupayaan masing-masing..

Teruskanlah membaca...
 Majelis Cahaya Qalbu Sirrulah(NAQS)

Jaga Hati, Hiasi Peribadi, Moga Bahagia
Allah Di Hati..
Cakk~!!^__^

(Sumber: DR. HM Tuah Iskandar Al-Haj)
ads
Labels: Motivasi

Thanks for reading Apa itu Motivasi.... Please share...!

0 Comment for "Apa itu Motivasi..."

Back To Top