Menata Hati, Mengukir Nasib.

SYARAT GURU MURSYID

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLOHI WABAROKATUH....

Berkata Syeikh Abd Qadir Aj Jailani jika ingin mcari mursid berwuduk dan solat 2 rakaat mintak petunjuk dari Allah moga2 diberikan jalan yang mudah untuk mencari mursid yang benar2 telah sampai..Dan perhatikan mursid tu jika tingkah laku persis Rasulullah ianya benar Seorg salik yg diiringi mursyid adalah hal & hadiah Allah swt. Mereka ini suci biarpun nampak zahirnya berdebu. Mereka umpama bunga ros yg harum biarpun pokoknya tumbuh ditempat yg penuh kotoran maupun najis.

Mengenali guru2 yg mengaku "mursyid" adalah lebih mudah kerana ciri2nya akan kembali kpd unsur berikut:
  • a) inginkan nama & kemasyuharan;
  • b) inginkan pangkat & isi dunia;
  • c) inginkan pujian wanita malah menjerat mereka;
  • d) meninggalkan syariat kerana telah capai tahap makrifat & bebas;
  • e) mempunyai unsur sihir yg disifatkannya karamah; &
  • f) kononnya byk amalan hakikat spt solat haq, puasa haq, haji ghaib, nikah batin dll.
Mereka ini adalah golongan mursyid palsu yg sesat lagi menyesatkan. Moga Allah swt lindungi kita,Maka dalam hal ini...udah diberikan garis panduan pada jalan ilmiahnya dalam hal mencari guru mursyid syarat2nya.
  1. Ketahui nama serta biodata gurunya.
  2. Mengetahui kelayakan gurunya utk mengajar.
  3. Guru tersebut adalah guru yang zahir dan nyata bukan ghaib
  4. Guru melaksanakan syariat dan hakikat seiring
  5. Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang agama. Peribadinya tertakluk dengan hukum Allah SWT.
  6. Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan
  7. Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)
  8. Berkemahuan/hemah tinggi kerana hendak membina prestasi diri dan muridnya
  9. Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana adanya akhirat sebagai destinasi kita)
  10. Dermawan (tidak sekalipun bakhil) walaupun keperluannya tinggal sehelai sepinggang.
  11. Berbudi pekerti luhur
  12. Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman atau memandang bulu/diskriminasi
  13. Zuhud (menolak kebendaan) dan hidup dengan amat sederhana
  14. Tidak membesarkan diri dengan kehebatannya dan tidak memperlekehkan atau merendahkan ilmu yang ada pada guru,dan ulama lain.
  15. Tidak melenting atau mengeluh ketika diuji
  16. Amat perahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan orang lain)
  17. Hadir hatinya untuk Allah SWT semata
  18. Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa menunjukkan sesuatu yang luar biasa seperti karamah)
  19. Tidak berharap kepada manusia (saperti minta gelaran atau pangkat dan bantuan keewangan)
  20. Tidak mengambil peduli perkara remeh21. Tidak buruk budi pekerti saperti mengumpat dan mengaibkan orang lain.
  21. Bertindak berdasarkan ilmu dan tidak ikut perasaan dan hawa nafsu.
Saudara ku..Salasilah juga penting kerana beberapa sebab iaitu :
  • i. bagi menentukan seseorang murid menerima keberkatan (kesan ruhaniah) atau limpahan ruhani yang bersambung dengan syeikhnya itu terus bersambung sehinggalah persambungannya itu benar-benar dari puncanya yang sebenar dan teratasnya iaitu Rasulullah s.a.w. Sekiranya salasilahnya terputus atau tiada memiliki sanad salasilah yang sah maka bagaimana seseorang itu dapat menerima limpahan keberkatan imdad bir ruhaniah dari segala masya'ih yang terdahulu sehingga Rasulullah s.a.w yang dengannya menyampaikan kita kepada jazbah fillah(tarikan kepada Allah iaini zuk fana'fillah dan baqo'billah).
  • ii. Bagi yang terputus wasilah ruhaniahnya maka terputuslah apa yang di panggil rabithah mursyid(pertalian mursyid).Jika tiada baginya rabithah mursyid maka tiada terpelihara perjalanannya itu daripada tercedera terhadap gangguan musuh-musuh bathin seperti iblis, syaitan jin dan segala perkara yang membahayakan perjalanan ruhaninya khususnya dalam meniti perjalanan di alam malakut.Sebab itu kita dengar bahaya-bahaya penipuan di alam ruhani yang sering kita dengar seperti membesarkan diri mengakui diri sudah capai ke mertabat wali,mertabat sultanul auliya, sudah dapat tahap yang tinggi dan suka menggelar diri , taa'sub , sudah pandai menilik dan di katanya sudah dapat kasyaf , pandai mengubat kerana sudah disangkanya dapat maunah dan akhirnya melalutlah kepada gila dan sebagainya. Sedangkan rukun bagi seseorang mursyid atau khalifah itu ialah sangat merendahkan diri (tawadhu') bagaimana pula dia nak mengaku dirinya lebih atau macam-macam lagi.Satu perkara lagi sifat orang yang terputus sanadnya suka kondem orang lain yang nyata kondemnya itu tidak jujur dan terlalu taasub dengan amalannya saja kononnya amalannya yang sah , betul dan orang lain itu semuanya tak betul kalau betul pun tak sempurna macam dia punya. Sebenarnya 2 perkara ini selalu dilakukan bagi orang yang lalai dalam zikrullah atau memang sudah ada cacat dalam perjalanannya.
  • iii. Sebagai bukti atau hujjah yang sah bahawa seseorang itu mendapat izin dari syeikhnya yang terdahulu bagi menyebarkan ajaran tariqatnya itu kerana sanad salsilah yang mahsyur dan mutashil dengan Rasulullah s.a.w. itu seumpama otoriti yang sangat berwibawa tanpa dapat di pertikaikan lagi dari sudut keizinan dan kelayakannya dalam memimpin murid.Dan inilah adab yang amat penting dalam tariqat.
  • iv. Salasilah juga adalah suatu keesahan yang menyatakan bahawa tiada berlaku perubahan atau pindaan atau saduran dari hal penyampaian ilmu Tariqat itu sendiri dan lazimnya salasilah ini di kepilkan bersama ajaran-ajaran,adab-adab serta segala keterangan maqam-maqam zikir tariqat yang di rekod bersama dari turun temurun supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau di ciplak dari mana-mana ajaran yang bertentangan dengan asal.
Pesanan Ulama sufi yang muktabar dalam kepentingan mengetahui salasilah tariqat .

1. Kata Syeikh Amin Kurdi dalam kitabnya Dhiya'ul Iman :
"Ketahuilah bahawa seorang murid di jalan Allah yang mahu bertaubat dan menghilangkan sifat kelalaiannya wajiblah ia mencari seorang syeikh yang ada di zamannya. Iaitu seorang yang sempurna suluknya(perjalanannya) syariat dan haqiqat mengikut Al Qura'an dan Al Hadis juga sentiasa berpandukan para Ulama hingga sampai ke maqam ar-rijalul kamal. Syeikh itu telah sampai kepada keredhaan Allah dan suluknya juga adalah di bawah pimpinan seorang mursyid yang mempunyai persambungan salasilah hingga ke nabi s.a.w. Ia juga mestilah telah mendapat izin dari syeikhnya untuk menyampaikan ajarannya kepada orang lain. Ia juga mempunyai ilmu dan makrifah yang benar dan bukan jahil dan bukan kerana di dorong oleh keinginan nafsu dirinya.Oleh yang demikian syeikh yang arif yang mempunyai persambungan salasilah itu adalah merupakan wasilah kepada Allah bagi seseorang murid itu. Syeikh itulah juga merupakan pintu menuju kepada Allah yang akan di lalui oleh murid itu. Sesiapa yang tiada mempunyai syeikh yang memimpin dan mengasuhnya maka syeikhnya adalah syaitan".

2. Katanya lagi :
" Tidaklah boleh seseorang itu membuat bai'ah dan memimpin para murid kecuali setelah ia mendapat tarbiyah dan ke izinan mursyidnya seperti yang di tegaskan oleh para masya'ih. Orang yang berbuat kerja demikian itu padahal ia bukan ahlinya yang sebenar , akan lebih banyak merosakkan dari memberi kebaikan. Ianya akan menanggung dosa sebesar dosa seorang perompak kerana ia telah memisahkan murid dari syeikh yang arif sebenarnya".

3. Berkata Syeikh Amin Al Kurdi dalam kitab Dhiya'ul Iman fi Thariqah Ar Rahman pada membicarakan kepentingan salsilah iaitu:
"Adalah sangat wajar bagi para murid di jalan Allah itu untuk mengetahui salasilah para syeikh mereka itu hingga sampai kepada nabi Muhammad s.a.w. Bila kedudukan syeikh mereka jelas dan benar ada persambungan salasilah hingga kepada nabi s.a.w. maka jika para murid itu mahu mendapatkan pertolongan limpahan ruhaniah dari syeikh mereka itu mereka akan berhasil apa yang dimaksudkan . Orang yang salasilahnya tidak bersambung hingga kepada nabi s.a.w. maka orang itu adalah terputus dari limpahan ruhaniah tersebut. Oleh itu orang itu bukanlah menjadi waris bagi Rasulullah s.a.w. dan TIDAK boleh di ambil bai'ah dan ijazah daripadanya".Wassalam.
ads
Labels: Tasawuf

Thanks for reading SYARAT GURU MURSYID. Please share...!

1 Comment for "SYARAT GURU MURSYID"

Terimakasih Pak atas bagi ilmunya...

Salam Hormat
Abu Zein al-Banjari

Back To Top